Wahh! rindunya pada blog Kedai Indah ni setelah hampir seminggu kami pulang bercuti di kampung halaman sempena pilihanraya ke-13 yang lepas. Alhamdulillah! perjalanan sepanjang percutian di Besut, Terengganu berjalan dengan baik dan selamat. Ramai customer Kedai Indah yang memesan handbag melalui facebook, fan page dan sms yang tidak putus-putus sepanjang kami bercuti itu. Oleh itu, Kedai Indah cuba sedaya upaya membalas kesemua pesanan dan message yang diterima namun ia agak terhad memandangkan line internet kurang clear di sana.
Allhamdulillah! syukur semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Segala order secara Cash On Delivery di kawasan Besut telah dihantar dengan selamat. Seronok sangat berjumpa dan beramah mesra dengan pelanggan Kedai Indah semua. Mereka amatlah berpuas hati dengan kualiti handbag kami, apatah lagi dapat memilih handbag-handbag kesukaan mereka di depan mata kan? .. hehee..
Syukur perjalanan kembali ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang berjalan dengan selamat. Hari ini Kedai Indah dengan berbesar hati ingin memperkenalkan beberapa koleksi handbag yang terbaru. Semestinya sangat-sangat gorgeous dan menawan hati. hihiii..
Buat pertama kali juga Kedai Indah memperkenalkan koleksi purse COACH yang sangat cantik. Jom rebut sekarang sebelum out of stock.
Haa.. cantik tak?
Ada dua warna bagi purse di atas iaitu brown (coach 63) and cream (coach 64). Material yang digunakan adalah high quality tau. So, kepada anda yang ingin menempah handbag @ purse yang gorgeous di atas bolehlah menghantar CODE handbag anda kepada 017-2404006 okey. Ataupun jom LIKE us at KEDAI INDAH untuk memilih pelbagai koleksi handbag yang menawan pastinya. Chewwah!
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment