Handbags & Closets: Handbag ke Singapore

Wednesday, May 22, 2013

Handbag ke Singapore

Alhamdulillah! Kedai Indah telah berjaya melebarkan sayap ke oversea. Chewwah! bunyi macam jauh benar yea kan? walhal ke Singapore aje.. Hee.. Sebelum ni memang ada Kedai Indah ada menerima order dari Brunei & Singapore tetapi kitew senyap jea sebab tak tahu nak uruskan payment camner.. huhuu.. 

Tetapi 2,3 hari lepas ada sorang customer ni memang serius nak order handbag coach 58 & purse coach 63 ni. Ingat ke customer macam biase orang Mesia, so rilex jea la. Sekali die hantar message bagitau nak bayar melalui western union. Aiyoo! western union ni ape ke bondo plak? Ni laa dulu tak nak belajar pandai2 sampai oversea. Masuk universiti pun kat Mesia jea pastu mula la poning bilo kena berurusan ke luar negeri ni.


Semua handbag di atas telah sold out yea..
 
Hmm.. dengan ilmu yang kosong di dada Kedai Indah terpaksa menuntut ilmu dengan Prof. Google. Alhamdulillah hampir 1 jam menelaah blog2 pasal Western union  dan cari info cara pos parcel ke oversea, Kedai Indah akhirnya paham. Ooh! sonang jea Jang oi!  hamboi! Berlagaknye..

Western union tu rupenye wang pos ke luar negara. Isi jea borang hantar wang @ borang terima wang western union di pejabat pos tu. Cumanya kalau nak terima wang kena ada fotostat IC penerima sahaja dan isilah maklumat yg diperlukan tu.. Hee.. Detail pasal western union ni nanti kite citer lain kali bila Kedai Indah dah expert skit. Nak cite lebih2 kite baru first time jugak.. ekeekee... 



Namun begitu, terima kasih bebanyak kepada customer Kedai Indah dari Singapore ni. Akhirnya Kedai Indah berjaya melebarkan lagi perniagaan ke Singapura walaupun rasa takut dan berdebar pun ada. Apepun alhamdulillah! segala urusan dipermudahkan-Nya. Syukur!

No comments:

Post a Comment